Sunday, December 14, 2008

Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...

Bismillahir Rahmanir Raheem...

Sebagai muslim, kita adalah manusia yang beruntung. Selain memperolehi nikmat iman, suatu nikmat yang paling tinggi dalam senarai nikmat2 Allah, kita juga diperkuatkan dengan doa. Kita dituntut untuk berdoa dan Allah amat2 menyintai mereka yang berdoa kepadaNya. Malah mereka yang tidak berdoa selepas solat Nabi saw sifatkan sebagai sombong dan sombong itu syirik kerana hanya Allah layak untuk sombong.

Namun doa bukan terletak hanya selepas solat. Seharusnya doa sentiasa meniti di bibir kita. Kerana syumulnya Islam dan kerana murahNya rahmat Allah, maka setiap perbuatan kita sehari semalam, sentiasa ada doa yang menemani kita. Harus diingat, setiap apa yang kita lakukan hanyalah kerana Allah dan setiap apa yang berlaku hanyalah dengan izinNya. Maka berdoalah yang melengkapkan kedua perkara ini.

Berikut disetakan 22 amalan doa2 yang elok diamalkan pada setiap permulaan atau pengakhiran perbuatan kita. Kesemua doa2 ini adalah doa2 yang ringkas.
Untuk mendapatkan doa yang lebih lengkap, silalah rujuk ke kitab yang lebih sempurna. Kesemua doa2 ini dipertik dari buku ‘Do’a & Zikir Harian’ susunan
saudara Shamsudin Othman terbitan dan edaran Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd.

1. Doa Bangun Tidur.

Maknanya: Segala Puji Bagi Allah yang telah menghidupkan kita setelah mematikan kita dan kepadaNyalah tempat kembali.

2. Doa Masuk Tandas.

Maknanya: Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada segala kekotoran dan kekejian.

3. Doa Keluar Tandas.

Maknanya: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan sesuatu yang menyakitkan dariku dan menyihatkan aku.

4. Doa Selepas Wudhu'

Maknanya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa dan tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya. Ya Allah! Jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang2 yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang2 yang suci.

5. Doa Selepas Azan dan Iqamah.

Maknanya: Ya Allah! Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan. Kurniakanlah kepada Nabi Muhammad saw wasilah dan fadhilat (keutamaan & kelebihan) dan bangkitkanlah Baginda pada maqam yang terpuji yang telah Engkau janjikan.

6. Doa Memakai Pakaian.

Maknanya: Segala puji bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku dan memberiku rezeki dengannya tanpa daya dan kekuatan dariku.

7. Doa Melihat Cermin.

Maknanya: Ya Allah! Engkau telah cantikkan kejadian dirikumaka cantikkanlah juga akhlakku.




8. Doa Sebelum Makan.

Maknanya: Ya Allah! Berkatilah bagi kami pada apa yang Engkau telah rezekikan kami dan jauhilah kami dari azab api beraka.

9. Doa Selepas Makan.

Maknanya: Segala puji bagi Allah yang memberi kita makan dan memberi kita minum dan menjadikan kita orang Islam.

10. Doa Keluar Rumah.

Maknanya: Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah.

11. Doa Menaiki Kenderaan.

Maknanya: Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah. Maha Suci Tuhan yang memudahkan buat kita kenderaan ini sedang kita tidak berdaya mengawalnya dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan kembali.

12. Doa di Waktu Pagi.
(Embedded image moved to file: pic32391.jpg)

Maknanya: Ya Allah! DenganMu kami berada di waktu pagi dan denganMu kami berada di watku petang, denganMu kami hidup dan denganMu kami mati dan
kepadaMu kami akan dikembalikan.

13. Doa di Waktu Petang.

MaknaNya: Ya Allah! DenganMu kami berada di waktu petang dan denganMu kami berada di watku pagi, denganMu kami hidup dan denganMu kami mati dan kepadaMu kami akan dikembalikan.

14. Doa Berlindung dari Bahaya.

MaknaNya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namaNya oleh apa2 jua yang di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.

15. Doa Permudah Urusan (Doa Nabi Musa as ketika menghadap Firaun).

Maknanya:Ya Tuhanku! Lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka faham kata2ku.

16. Doa Memasuki Masjid.
(Embedded image moved to file: pic00292.jpg)

Maknanya: Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah saw. Ya Allah! Bukakanlah kepadaku pintu2 rahmatMu.

17. Doa Keluar Masjid.

Maknanya: Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah saw. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon limpah kurnia dariMu.

18. Doa Sebelum Tidur.
Diriwayahkan oleh Saidatina Aishah ra bahawa Nabi saw apabila hendak tidur, Baginda saw mempertemukan kedua tapak tangannya. Kemudian dihembusnya dengan bacaan Suratul Ikhlas (Qulhuwallah), Suratul Falaq (Qul a'uzubirobbil falaq) dan Suratun Naas (Qul a'zuzubirobbin naas). Kemudian kedua tapak tangannya itu disapukan keseluruh tubuh yang tercapai oleh tangannya dimulai dari kepala, muka dan bahagian depan dan dibuat sebanyak
3 kali.

Selain itu boleh juga dibaca doa ini;

Maknanya: Dengan namaMu Ya Allah, aku hidup dan aku mati.


19. Doa Memudahkan Tidur.

MaknaNya: Ya Allah! Telah lenyap segala bintang dan telah lelap segala mata sedangkan Engkau sentiasa hidup lagi berdiri, tidak mendatangi Engkau akan mengantuk dan lena. Wahai Tuhan yang hidup lagi berdiri, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku.

20. Ayatul Kursi.
(Embedded image moved to file: pic19718.jpg)

MaknaNya: Allah, tiada Tuhan Melainkan Dia, yang hidup dan berdiri sendiri, tidak mengenainya mengantuk dan tidur, BagiNya seluruh yang ada di semua langit dan seluruh yang ada di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya. Dia mengetahui apa yang di depan mereka dan apa yang di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui suatupun daripada ilmuNya kecuali dengan izinNya. Luas kursiNya meliputi seluruh langit dan bumi dan dia tidak berat memelihara keduanya dan Dia Maha Tinggi
dan Agung.

Nota: Ayat ini dipetik dari Suratul Baqarah ayat 255. Elok dibaca sebelum tidur sebagaimana hadith riwayat Bukhari yang mafhumnya; "Barangsiapa membacanya ketika dia hendak tidur maka sentiasa dia dijaga Allah dan tidak akan didekati oleh Syaitan sampai ke Subuh".

21. Tasbih Kifarah.

MaknaNya: Maha Suci Engkau Ya Allah beserta puji2an untukMu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan aku bertaubat kepadaMu.


22. Doa Saiyidul Istighfar (Penghulu Segala Istighfar).

MaknaNya: Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkaulah yang menciptaku dan aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku dan sumpahku denganMu semampuku. Aku berlindung denganMu dari kajahatan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmat yang Engkau kurniakan padaku dan aku mengakui dosa2ku padaMu, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau.

Semoga dengan amalan2 doa ini akan menambah keberkatan hidup kita dan semoga Allah akan bertambah kasih dengan kita.

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullah