Monday, August 2, 2010

Rabbighfirli Warhamni



BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Thursday, June 17, 2010

MALU


Pertama ; Rasa malu kerana berbuat salah, seperti rasa malu Nabi Adam ‘alaihissalam yang melarikan diri dari Allah SWT saat di syurga. Ketika Allah SWT bertanya , “Mengapa kamu melarikan dirimu dariKu wahai Adam?” Adam menjawab, “Tidak wahai Tuhanku, melainkan kerana rasa malu terhadap engkau”.

Kedua ; Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), , seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa sesaat pun tanpa tasbih, namun demikian pada hari kiamat kelak mereka berkata, “Mahasuci Engkau ya Allah, kami belum dapat menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan.”

Ketiga ; Rasa malu kerana pengagungan atau dikenali juga sebagai rasa malu kerana memiliki makrifah kepada Allah (mengenal Allah lalu ngagungkanNya)., Ketahuilah wahai sahabat sekalian bahawasanya sejauh mana makrifah seseorang hamba terhadap Tuhannya maka sejauh itu pula rasa malunya terhadap Allah SWT.

Keempat ; Rasa malu kerana kehalusan budi, seperti rasa malu Rasulullah SAW saat mengundang orang ramai pada acara walimah Saidatuna Zainab ra.Kerana mereka tidak segera pulang, Baginda bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian”.

Kelima ; Rasa malu kerana menjaga kesopanan , seperti rasa malu Ali ibn Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW kerana dia adalah suami kepada Puteri Rasulullah SAW.

Keenam ; Rasa malu kerana merasa diri terlalu hina seperti rasa malu seorang hamba yang memohon bermacam-macam keperluan kepada Allah SWT dengan menganggap bahawa ia adalah hamba yang terlalu hina di hadapan Allah SWT atas banyaknya hajat dan keperluannya kepada Allah SWT.

Ketujuh ; Rasa malu kerana cinta, iaitu rasa malu orang yang mencintai di hadapan kekasihnya bahkan ketika terlintas di dalam fikirannya saat berjauhan dengan kekasihnya, dia tetap merasa malu tanpa diketahui apa sebabnya, apalagi jika kekasihnya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Kelapan ; Rasa malu kerana ubudiyah, yakni rasa malu yang bercampur dengan cinta dan rasa takut. Seorang hamba yang merasa ubudiyahnya masih kurang, sementara kekuasaan Yang Disembah terlalu agung, sehingga ubudiyahnya yang kurang dan cacat serta tidak sempurna itu membuatnya rasa malu.

Kesembilan ; Rasa malu kerana kemuliaan, yakni rasa malu seorang hamba yang memiliki jiwa agung tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah terkorban dengan mengeluarkan sesuatu namun dia merasakan kekurangan dalam berbuat baik.

Kesepuluh; Rasa malu terhadap diri sendiri, yakni rasa malu seseorang yang memiliki jiwa besar dan mulia andaikata dia memiliki rasa redha dengan kekurangan diri sendiri dan merasa puas pula melihat kekurangan orang selain dia. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri sehingga seakan dia memiliki dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab, jika seorang hamba merasa malu terhadap dirinya sendiri maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.

Allahumma, kurniakan kami hakikat rasa malu seperti yang Engkau kehendaki

Wednesday, April 14, 2010

Keputusan itu hak milik mutlak Allah SWT

Assalamualaikum warahmatullah,

Entry ini daripada salah seorang favorite saya, Dr Azharr Hj Sarip di Soulpower-Kuasajiwa. Ini adalah susulan daripada entry berkaitan Beriman kepada qada' dan qadar Allah SWT. Semoga bermanafaat untuk kita semua, insya Allah.

Apa saja ketentuan dari Allah SWT ada hikmahnya. Janganlah berputus asa jika doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita.


AL KISAH.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin."

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang itu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi, "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin."

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?

Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa, "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin." Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita, "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin."

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.

Moral

Pertama : Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua : Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan.

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan... oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi bersama.
“Ketika Allah memberimu, Dia memperlihatkan kepadamu belas kasih-Nya. Ketika Dia menolak memberimu, maka Dia memperlihatkan kepadamu kekuasaan-Nya. Dan dalam semua itu, Dia memperkenalkan diri-Nya kepadamu dan menghadapmu dengan kelembutan-Nya.”

Renung-renungkan!

Sumber : Dr.AzharrHjSarip/ mw/08/2007

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Wednesday, March 17, 2010

15 Time Management Tips

In the meantime, here are 15 practical time management tips to help you get started...

1. Write things down

A common time management mistake is to try to use your memory to keep track of too many details leading to information overload. Using a to-do list to write things down is a great way to take control of your projects and tasks and keep yourself organized.

2. Prioritize your list

Prioritizing your to-do list helps you focus and spend more of your time on the things that really matter to you. Rate your tasks into categories using the ABCD prioritization system described in the time management course.

3. Plan your week

Spend some time at the beginning of each week to plan your schedule. Taking the extra time to do this will help increase your productivity and balance your important long-term projects with your more urgent tasks. All you need is fifteen to thirty minutes each week for your planning session.

4. Carry a notebook

You never know when you are going to have a great idea or brilliant insight. Carry a small notebook with you wherever you go so you can capture your thoughts. If you wait too long to write them down you could forget. Another option is to use a digital recorder.

5. Learn to say no

Many people become overloaded with too much work because they overcommit; they say yes when they really should be saying no. Learn to say no to low priority requests and you will free up time to spend on things that are more important.

6. Think before acting

How many times have you said yes to something you later regretted? Before committing to a new task, stop to think about it before you give your answer. This will prevent you from taking on too much work.

7. Continuously improve yourself

Make time in your schedule to learn new things and develop your natural talents and abilities. For example, you could take a class, attend a training program, or read a book. Continuously improving your knowledge and skills increases your marketability, can help boost your career, and is the most reliable path to financial independence.

8. Think about what you are giving up to do your regular activities

It is a good idea to evaluate regularly how you are spending your time. In some cases, the best thing you can do is to stop doing an activity that is no longer serving you so you can spend the time doing something more valuable. Consider what you are giving up in order to maintain your current activities.

9. Use a time management system

Using a time management system can help you keep track of everything that you need to do, organize and prioritize your work, and develop sound plans to complete it. An integrated system is like glue that holds all the best time management practices together.

10. Identify bad habits

Make a list of bad habits that are stealing your time, sabotaging your goals, and blocking your success. After you do, work on them one at a time and systematically eliminate them from your life. Remember that the easiest way to eliminate a bad habit, it to replace it with a better habit.

11. Don’t do other people’s work

Are you in the habit of doing other people’s work because or a ‘hero’ mentality? Doing this takes up time that you may not have. Instead, focus on your own projects and goals, learn to delegate effectively, and teach others how to do their own work.

12. Keep a goal journal

Schedule time to set and evaluate your goals. Start a journal and write down your progress for each goal. Go through your goal journal each week to make sure you are on the right track.

Keeping a journal on your computer has never been easier!

13. Don’t be a perfectionist

Some tasks don’t require your best effort. Sending a short email to a colleague, for example, shouldn’t take any more than a few minutes. Learn to distinguish between tasks that deserve to be done excellently and tasks that just need to be done.

14. Beware of “filler” tasks

When you have a to-do list filled with important tasks, be careful not to get distracted by “filler” tasks. Things such as organizing your bookcase or filing papers can wait until you tackle the items that have the highest priority.

15. Avoid “efficiency traps”

Being efficient doesn’t necessarily mean that you are being productive. Avoid taking on tasks that you can do with efficiency that don’t need to be done at all. Just because you are busy and getting things done doesn’t mean you are actually accomplishing anything significant.

Tuesday, February 23, 2010

HALAL MARSHMALLOW CANDY


Salam sahabat2 yg dirahmati,

Sukacita sesangat bilamana kak ah dimaklumkan kini telah ada penemuan Marshmallow Candy yg disahkan Halal oleh JAKIM. Almaklumlah..kalau tgk rupa Marshmallow ni pun mmg geram semacam. Tapi selama ni Kak Ah larang anak2 membeli sebab meragui kehalalannya.. Tp Alhamdulillah, sekarang dah tak risau lg. Kini telah ada usahawan yg berjaya menghasilakn produk Marshmallow buatan Muslim dan telah mendapat pengesahan Halal dari JAKIM.

InsyaAllah sedikit masa lagi sahabat2 boleh la mendapatkan Halal Marshmallow ni di www.halalsquare.com.my.("Make Halal Accessible").

Sementara menunggu.. untuk tidak menghampakan sahabat2 yg dikasihi, produk Marshmallow yg cute ni masih boleh didapatkan dengan menghubungi mana2 wakil tetap Halalsquare termasuklah Kak Ah..(wakil Halalsquare sepenuh masa :)

* Tel No: 019-3560309
* email : aniza@pernec.com.my
* ymid : aniza_abdullah


Wassalam

"Sharing is caring.."

Wednesday, January 20, 2010

Siapa ALLAH di hatimu.



Petikan dari cerita cerita seorang teman..

Pernah suatu ketika, seorang sahabat mendekati saya tika jiwa berkecamuk dengan cabaran-cabaran yang mendatang. Tampak jelas dia seolah-olah tidak mampu untuk berdiri teguh merentas hari-hari yang sarat dengan isu dan masalah. Sahabat itu, dengan galak matanya dan senyuman manisnya menyapa saya dengan tenang. Ketenangan yang sudah agak asing bagi diri saya ketika itu. Tidak banyak yang dilontarkan dari bibir sahabat itu. Namun, kata-katanya masih terngiang-ngiang di telinga, terpasak di minda dan mengakar di sanubari ini.

Satu persoalan yang ditanyakan kepada saya. Ia bertanya, apakah yang mendorong dan memberi kekuatan kepada kamu untuk meneruskan kehidupan ini?

Saya bagaikan tersentak.
What kind of question is this?
Where is she going with the question?
Is this a trick question?
All kinds of queries raced through my mind, but I was still mumble with no answer.

“Faham ke tak soalannya?” dia bertanya lagi sambil mengukir senyuman.
Saya hanya mampu mengangguk, meskipun hati masih belum 100% pasti dengan pemahaman sendiri.

“Erm, rasanya, banyak juga sebab saya untuk hidup. Saya sentiasa terdorong untuk keluarga yang menyayangi diri, kawan-kawan lain yang sama-sama belajar, cita-cita untuk dicapai.

Dia tersenyum..

Dia pun bersuara, “Okay, so, you mentioned your families, your friends, your dreams and people surround you..”

Saya mengangguk tanda setuju.

Dia menambah, “Di mana Allah dalam hidupmu?”

Astaghfirullahalazim. Saya bagai tertampar dengan persoalan itu. Tamparan itu masih terasa sehingga kini.

Di mana Allah? Apa peranan Allah dalam kekuatan hidup saya? Mengapa saya tidak sebutkan Allah sebagai kekuatan saya, sedangkan Allah sepatutnya menjadi tunjang utama kekuatan seorang yang bergelar islam, hamba kepada Sang Pencipta.

Sejujurnya, saya sungguh kecewa dengan diri sendiri. Saya sedar, akhlak manusia itu terpancar pada pertuturan dan perbuatannya yang paling spontan. I was disappointed with the fact that I did not spontaneously mention Allah as my core strength to live. I listed other factors but, I failed to mention Allah first.

“Astaghfirullah. Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini, terimalah taubat aku seadanya.”

Sahabat ana mendekati ana, lalu duduk sebelah-menyebelah.
She wisely said,

“Selayaknya, Allah perlu menjadi sebab utama kita berada di sini, sebab utama untuk kita hidup di atas muka bumiNya. Allah perlu menjadi kekuatan utama kita dalam menghadapi hari-hari sebagai hamba-Nya dan menjalankan amanah-Nya. Memang tak dinafikan, keluarga yang menyayangi kita, kawan-kawan yang membantu kita, atau mereka yang berada bersama kita pada waktu susah dan senang tetapi. . hakikatnya semua datang dari Allah SWT.”



“Kita sering lupa hakikat di sebalik yang terlihat oleh mata kasar. Kita nampak keluarga yang bersama kita juga kawan-kawan yang kita nampak mereka ketawa dan menangis bersama. Makan, masak, bergembira dan bersiar-siar bersama-sama. Tapi kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa di sebalik itu semua, Allah yang merancang segalanya. Mungkin kalau kita duduk sendirian, muhasabah di waktu malam, kita tidak lupa bahawa Allah adalah perancang utama yang mengizinkan segalanya berlaku. However, in the spur of the moment, when we are around other people, having fun or feeling sad, we tend to forget that fact. We usually see and acknowledge things that we can physically visualize, failing to acknowledge the main superior in our lives, which is Allah.”


Saya masih lagi rasa malu dengan jawapan saya tadi. Malu pada diri sendiri, malu pada kawan saya dan paling penting, malu pada Allah. Sebagai seorang yang beriman, Allah perlu menjadi puncak segala-galanya. Allah itu sumber kekuatan.

"In my opinion, it all relates back to the initial intention that we had when we first told ourselves, 'we want to be a better muslim, we want to spread Islam, we want to make this world a better place to live to all. Later, we want to have kids and have a good family'

Why?

What was the reason behind all that wants? Is it truthfully and honestly because of Allah, or was there another agenda lurking beneath that beautiful action such as for our own benefit and to fulfil our own desire?

If we truly did it because of Allah, with He’s will, we won’t forget Allah throughout the course of our life as a Muslim. However, if we had other intentions, don’t fret. We still have time to repent and renew our intentions. Allah is Most Merciful and surely He loves His slaves who are constantly trying to improve and become better Muslims.


Kalaulah kita meletakkan kekuatan hidup kita pada keluarga, kawan-kawan, persekitaran yang membina, apa agaknya akan berlaku jika kita tidak lagi bersama-sama mereka? Tika mana keluarga jauh dari kita, atau sudah tidak bersama kita, kawan-kawan sudah hilang dari pandangan, tiada siapa lagi yang endah dan mengambil berat tentang diri kita, apakah kita masih akan bertahan dalam menjalani hidup ini? Apakah kita masih mampu mengekalkan amalan-amalan Islami yang saban hari kita lakukan? Apakah hidup kita masih lagi bermakna untuk diteruskan?

Hidup menjadi bermakna bila kita tahu tujuan kita hidup. Kerana apa kita diciptakan. dan atas segala tujuan itu maka, kekuatan untuk kita hidup seharusnya perlu diletakkan pada Allah S.W.T. Allah yang menentukan segalanya. Dia yang memberi hidayah dan petunjuk pada kita dan kawan-kawan kita untuk bersama-sama kita. Siapa kita untuk bergantung kepada yang lain dariNya?

InsyaAllah, jika kita terus-menerus meletakkan Allah sebagai kekuatan utama, tak kira di mana kita berada, berseorangan atau beramai-ramai, di Malaysia atau di luar negara, kaya atau miskin, susah atau senang, sihat atau sakit; kita akan sentiasa kuat untuk meneruskan kehidupan kita yang singkat di dunia ini serta mengingati amanah dan tanggungjawab kita sebagai Muslim sebenar."

Alhamdulillah..
Terima kasih kepada kawan2 yang selalu mengingatkan.

Thursday, January 14, 2010

6 Cara bagaimana nak jadi orang yang disayangi



* 1- SUKA PADA ORANG LAIN

Syarat pertama dan utama untuk anda disukai orang ialah ANDA MESTI SUKA PADA ORANG LAIN dulu. Anda seharusnya mempunyai perasaan minat dan suka pada orang lain dengan ikhlas. Kalau anda tak suka pada orang lain, mana mungkin anda akan disukai oleh orang lain pula?

* 2- SENYUM

Senyumlah sentiasa. Semua orang suka pada orang yang murah senyumannya. Senyumlah dari hati. Walaupun muka/wajah anda tak hensem, tapi kalau anda senyum, pasti nampak lebih manis dan menarik. Jadi, banyakklah senyum kerana senyum itu sedekah.

* 3- INGAT NAMA ORANG LAIN dan UCAPKAN NAMA ITU DENGAN NADA YANG PALING BAIK.

Semua orang suka kalau namanya diingati. Cuba bayangkan kalau ada kawan anda yang tidak mengingati nama anda. Apa perasaan anda? Jadi, sila ingat betul2 nama seseorang jika ingin disukai. Dan kalau boleh, ingat nama panggilan yang paling disukainya dan sebutlah nama tersebut dengan panggilan paling baik dan mesra.

* 4- JADILAH PENDENGAR YANG BAIK

Jadilah pendengar yang baik lagi setia kalau mahu diri anda disukai. Pokoknya, bagaimana mahu menjadi pendengar yang setia?? Senang saja, kurangkan bercakap tentang diri sendiri sebaliknya banyakkan memberi peluang kepada orang lain untuk bercerita tentang diri mereka. Tanya soalan dan beri dorongan kepada orang lain supaya mereka seronok bercerita tentang kisah2 dan pengalaman mereka.

* 5- BERCAKAP HANYA PADA TOPIK/ISU YANG MENARIK PERHATIAN ORANG LAIN

Kalau anda suka bercerita dan bercakap, pastikan anda hanya bercakap tentang perkara2 yang disukai/diminati oleh orang lain. Kalau mereka minat politik, cakap hanya pasal politik. Kalau mereka minat pasal bola, cakaplah pasal bola. Jangan banyak bercakap pasal apa yang anda minat. Kalau anda hanya suka bercakap pasal perkara yang anda minat, pasti orang lain akan berasa jemu dan bosan dengan anda. Jadi ingat! Hanya bercakap tentang perkara2 yang orang lain minat.

* 6- BUATKAN ORANG LAIN RASA DIRI MEREKA ITU SANGAT PENTING DAN DIHARGAI

Kalau boleh cuba buatkan orang lain berasa bahawa diri mereka itu sangat penting pada anda. Dan anda sangat menghargai diri mereka. Buatlah mereka berasa sedemikan DENGAN IKHLAS. Tunjukkan keihkhlasan anda pada mereka. Hormati dan hargailah mereka seadanya.

Selamat mempraktikkannya…