Assalamualaikum... salam 2 Zulhijjah
Semalam Kak Ah  terima satu email... sgt2 bermotivasi..
Bacalah contentnya... tangkaplah pointnya. InsyaAllah kita jd sedar dari kesilapan yg kita rasa  biasa... tp bisa sebenarnya..
Mungkin begini la kita sebenarnya.. Oleh: Abu Naqibah Minggu  lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem  yang disiarkan di  channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60 .Pelakon  utamanya saya  tak kenal  tapi pelakon tambahannya ramaiyang top2. Salah satu babak yang  saya ingat  sangat, ialah di awalcerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal   J.Fox. Dalam  babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk. Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisappipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibukmintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je  ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranahla dia. Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih  kurang la...)"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan  mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya. Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia  berhenti. Tiba2 Micheal  keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak  melanggar pintunya seperti sebelumini. Jadi Micheal terus rancak berbual  hinggalah tiba2 datang trailerdan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi,  yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata  "Some people just don't know  what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu  apayang patut diminta).Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab  saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan  perkataan lelaki yang  berbasikaltu. Sesetengah orang tak tahu apa yang  patut mereka minta.  Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi,  Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia  pula yangmaut. Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata.  Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali  kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya,tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin,kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak  mengubahkehidupan,kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita? Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusiayang sempurna atau  sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya  kemalangan itudapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ? Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik?Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi  sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana?Jika begitu,mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka? Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are  what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa  yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi  Allah berikan  dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari  jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.   Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.  Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya?  Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.  Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk.Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya  yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya. Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelumZuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itujuga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah... Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah  itu  adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang  tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain  itu lebih baik dari apa yang kita miliki. Sedang Nabi saw telah  menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah.Jangan melihat orang  lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah  masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik.  Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan  saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar,   kan ? Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu  kehilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metalstamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT.Tolak itu, tolak ini, dapatlahRM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya  memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun  jadilah. Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician.  Betul2 saya dapat RM750.Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat  gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah...  tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat  RM2500 cukupla. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula.Kesimpulannya tak cukup juga! Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah  benda yang paling besar! Sekarang,ketika kawan2 saya berlumba masuk  syarikat lain yang offer  gaji 2- 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau  ada yang bertanya  kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya  selesa di sini. Kalau solat  saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.  Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang.  Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk  hari esok kerana  Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya. Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar  yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi  dunia itu ibarat bayang2.Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat  seperti akan  mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita  kejar akhirat(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada  rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya. Terjadi kepada kenalan saya.  Dengan gaji RM1000 sebulan, nak  bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor  yang makin naik, duit lampin anak, duit  makan,tinggal pula di JB, memang  tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak  cari kerja lain. Dah banyak dia apply  tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan  dan umur pun dah makin lanjut. Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak  rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja. Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT.  Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah  taklarat. Hari  Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya,  kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan. Kalau nak dikongsi, terlalu  banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada  lalui perkara yang sama. Di sini,bukan niat  saya nak mengajar. Bukan juga  nak menunjuk pandai.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Saya hanya mengajak  saudara2 sekalian terutamanya diri  saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita  buru?Apa yang kita cari? Apa  yang kita dapat?Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah  kita katakan cukup? Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung  kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung  cukup atau tidak kita tambatnafsu kita. Yang penting tiap kali selepas  solat,berdoalah pohonkan  Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanyaAllah yang layak untuk bersifat sombong.Wallahu'alam.-.. Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah.  Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia  hingga kami lupa janji nikmat syurga  Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang  Kau beri. Dan jadikanlah kami insan  yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin... Akhir kata, berlajarlah untuk berkata    ” CUKUP....ALHAMDULIL-LAH......" " Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri  tak  sehebat SULAIMAN.”” Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak  setulus  ZULAIKHA.”” Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak  sekuat  HAJAR ” dan” mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada   keburukan pada dirimu.”Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan,  carilah kebaikan pada dirinya,bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya  berdoalah dia milik kita "
 Wallahua’lam. Semoga dipercukupkan…