Sunday, December 14, 2008

Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...

Bismillahir Rahmanir Raheem...

Sebagai muslim, kita adalah manusia yang beruntung. Selain memperolehi nikmat iman, suatu nikmat yang paling tinggi dalam senarai nikmat2 Allah, kita juga diperkuatkan dengan doa. Kita dituntut untuk berdoa dan Allah amat2 menyintai mereka yang berdoa kepadaNya. Malah mereka yang tidak berdoa selepas solat Nabi saw sifatkan sebagai sombong dan sombong itu syirik kerana hanya Allah layak untuk sombong.

Namun doa bukan terletak hanya selepas solat. Seharusnya doa sentiasa meniti di bibir kita. Kerana syumulnya Islam dan kerana murahNya rahmat Allah, maka setiap perbuatan kita sehari semalam, sentiasa ada doa yang menemani kita. Harus diingat, setiap apa yang kita lakukan hanyalah kerana Allah dan setiap apa yang berlaku hanyalah dengan izinNya. Maka berdoalah yang melengkapkan kedua perkara ini.

Berikut disetakan 22 amalan doa2 yang elok diamalkan pada setiap permulaan atau pengakhiran perbuatan kita. Kesemua doa2 ini adalah doa2 yang ringkas.
Untuk mendapatkan doa yang lebih lengkap, silalah rujuk ke kitab yang lebih sempurna. Kesemua doa2 ini dipertik dari buku ‘Do’a & Zikir Harian’ susunan
saudara Shamsudin Othman terbitan dan edaran Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd.

1. Doa Bangun Tidur.

Maknanya: Segala Puji Bagi Allah yang telah menghidupkan kita setelah mematikan kita dan kepadaNyalah tempat kembali.

2. Doa Masuk Tandas.

Maknanya: Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada segala kekotoran dan kekejian.

3. Doa Keluar Tandas.

Maknanya: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan sesuatu yang menyakitkan dariku dan menyihatkan aku.

4. Doa Selepas Wudhu'

Maknanya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa dan tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya. Ya Allah! Jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang2 yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang2 yang suci.

5. Doa Selepas Azan dan Iqamah.

Maknanya: Ya Allah! Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan. Kurniakanlah kepada Nabi Muhammad saw wasilah dan fadhilat (keutamaan & kelebihan) dan bangkitkanlah Baginda pada maqam yang terpuji yang telah Engkau janjikan.

6. Doa Memakai Pakaian.

Maknanya: Segala puji bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku dan memberiku rezeki dengannya tanpa daya dan kekuatan dariku.

7. Doa Melihat Cermin.

Maknanya: Ya Allah! Engkau telah cantikkan kejadian dirikumaka cantikkanlah juga akhlakku.




8. Doa Sebelum Makan.

Maknanya: Ya Allah! Berkatilah bagi kami pada apa yang Engkau telah rezekikan kami dan jauhilah kami dari azab api beraka.

9. Doa Selepas Makan.

Maknanya: Segala puji bagi Allah yang memberi kita makan dan memberi kita minum dan menjadikan kita orang Islam.

10. Doa Keluar Rumah.

Maknanya: Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah.

11. Doa Menaiki Kenderaan.

Maknanya: Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah. Maha Suci Tuhan yang memudahkan buat kita kenderaan ini sedang kita tidak berdaya mengawalnya dan sesungguhnya kepada Tuhan kita akan kembali.

12. Doa di Waktu Pagi.
(Embedded image moved to file: pic32391.jpg)

Maknanya: Ya Allah! DenganMu kami berada di waktu pagi dan denganMu kami berada di watku petang, denganMu kami hidup dan denganMu kami mati dan
kepadaMu kami akan dikembalikan.

13. Doa di Waktu Petang.

MaknaNya: Ya Allah! DenganMu kami berada di waktu petang dan denganMu kami berada di watku pagi, denganMu kami hidup dan denganMu kami mati dan kepadaMu kami akan dikembalikan.

14. Doa Berlindung dari Bahaya.

MaknaNya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namaNya oleh apa2 jua yang di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.

15. Doa Permudah Urusan (Doa Nabi Musa as ketika menghadap Firaun).

Maknanya:Ya Tuhanku! Lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka faham kata2ku.

16. Doa Memasuki Masjid.
(Embedded image moved to file: pic00292.jpg)

Maknanya: Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah saw. Ya Allah! Bukakanlah kepadaku pintu2 rahmatMu.

17. Doa Keluar Masjid.

Maknanya: Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah saw. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon limpah kurnia dariMu.

18. Doa Sebelum Tidur.
Diriwayahkan oleh Saidatina Aishah ra bahawa Nabi saw apabila hendak tidur, Baginda saw mempertemukan kedua tapak tangannya. Kemudian dihembusnya dengan bacaan Suratul Ikhlas (Qulhuwallah), Suratul Falaq (Qul a'uzubirobbil falaq) dan Suratun Naas (Qul a'zuzubirobbin naas). Kemudian kedua tapak tangannya itu disapukan keseluruh tubuh yang tercapai oleh tangannya dimulai dari kepala, muka dan bahagian depan dan dibuat sebanyak
3 kali.

Selain itu boleh juga dibaca doa ini;

Maknanya: Dengan namaMu Ya Allah, aku hidup dan aku mati.


19. Doa Memudahkan Tidur.

MaknaNya: Ya Allah! Telah lenyap segala bintang dan telah lelap segala mata sedangkan Engkau sentiasa hidup lagi berdiri, tidak mendatangi Engkau akan mengantuk dan lena. Wahai Tuhan yang hidup lagi berdiri, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku.

20. Ayatul Kursi.
(Embedded image moved to file: pic19718.jpg)

MaknaNya: Allah, tiada Tuhan Melainkan Dia, yang hidup dan berdiri sendiri, tidak mengenainya mengantuk dan tidur, BagiNya seluruh yang ada di semua langit dan seluruh yang ada di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya. Dia mengetahui apa yang di depan mereka dan apa yang di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui suatupun daripada ilmuNya kecuali dengan izinNya. Luas kursiNya meliputi seluruh langit dan bumi dan dia tidak berat memelihara keduanya dan Dia Maha Tinggi
dan Agung.

Nota: Ayat ini dipetik dari Suratul Baqarah ayat 255. Elok dibaca sebelum tidur sebagaimana hadith riwayat Bukhari yang mafhumnya; "Barangsiapa membacanya ketika dia hendak tidur maka sentiasa dia dijaga Allah dan tidak akan didekati oleh Syaitan sampai ke Subuh".

21. Tasbih Kifarah.

MaknaNya: Maha Suci Engkau Ya Allah beserta puji2an untukMu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan aku bertaubat kepadaMu.


22. Doa Saiyidul Istighfar (Penghulu Segala Istighfar).

MaknaNya: Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkaulah yang menciptaku dan aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku dan sumpahku denganMu semampuku. Aku berlindung denganMu dari kajahatan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmat yang Engkau kurniakan padaku dan aku mengakui dosa2ku padaMu, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau.

Semoga dengan amalan2 doa ini akan menambah keberkatan hidup kita dan semoga Allah akan bertambah kasih dengan kita.

Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,

Wassalamualaikum warahmatullah

Thursday, October 16, 2008

*Silent Mode*

Tanggal Malam Khamis 16 Oct 08:
Berjanji dgn diri sendiri utk tidak banyak berbicara lg..(leh ke?)
Mudah2an dengan ini tidak ada lg hati yg akan terluka
Tak nak dah dok terhegeh2 maupun menyebok2 lg..
Sbb yg pasti tak semua org suka apa yg kita suka..
Mendiamkan diri itu mungkin lebih baik utk keamanan manusia...yang tak dapat menerima kita seadanya...
*Silent Mode*



desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

repeat reff

ketika ku bersujud

Monday, February 4, 2008

Lawak untuk direnungkan...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...

lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...


Lalaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dsalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan???/


Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

Monday, January 21, 2008

PENYEJUK HATI AYAH BONDA

Alhamdulillah..

Sipa sahaja yg dikurniakan anak2 sebegini pasti bersyukur sgt2 kehadrat Illahi..
Semoga sifat rendah diri dan akhlaknya yg terpuji menjadi ikutan anak2 muda kita hari ini

AHMAD FAHMI:


HASSAN BIN ABDULLAH AL-AWADH


SHILA:

Bakat2 Bintang Kecil

Hebat vokal adik2 ni kan..
..tp kemanakah arah tuju nak di bawa kehebatan ini ye?

AZIDI HALIM (JUARA):


ARIF :


ZAIMI:


SYAZ:


SYAMIN:


NURUL:


ZEERA:



ARIFF & SYAMIN:

Friday, January 18, 2008

Tuesday, January 15, 2008

Akhirnya...... apa yg ditunggu2 bakal menjelma...



Assalamualaikum Wbkt
Alhamdulillah ke hadrat Allah suhanahu wataala.....
Akhirnya sebuah surau yg ditunggu2 sejak 2005 kini tersergam indah dgn izinNya

Surau yang dulunya diberi nama Surau AL-FAI'IZIN ura2 akan di tukar kepada nama barunya Surau AL-AMIN. Tak kisah la nama apapun... yg pentingnya ada Surau utk membolehkan aktiviti2 pemantap kerohanian & pengukuh ukhuwah penduduk2 di Seksyen 8 ini dapat dijalankan.

Lihat lah betapa bersemanggatnya semua penduduk untuk memenafaatkan surau ini...sehinggakan semua golongan sanggup berganding bahu bergotong royong mem bersihkan & menanam pokok2 utk menafaat & keselesan pengguna surau ini nanti.



Aktiviti Gotong Royong menanam pokok untuk menceriakan kawasan surau telah dilaksanakan pada hari Ahad 13/01/08.










Antara Insan2yg dijangka bakal mengimarakkan Surau kami..
....spt Ustaz Fauzi & the gang...









Alhamdulillah...surau ini walaupun belum siap sepenuhnya...namun sempena 1 Muharam 1429 aru2 ini, Samutan Maal Hijrah & Majlis kesyukuran telah pun diadakan di surau ini. Walaupun pembinaannya belum sempurna..namun ini tidak menjejaskan semangat gotong royong antara kami..sehinggalah Majlis kesyukuran tetap dapat dilaksanakan walaupun ada antara mereka yang terpaksa bersila di atas Lantai...

Majlis sambutan Maal Hijrah ini turut dimeriahkan dgn kehadiran Penyanyi Lebanon ,IMAD & isterinya...
Kesempatan ini jugag digunakan oleh kaum Muslimat untuk membentuk satu jawatankuasa yang bakal menyusun aktiviti2 yg diharapkan dapat memeri faedah kepada penduduk Seksyen 8 ini khasnya....Ekoran dari itu..Satu mesyuarat pertama bakal diadakan pada Hari Sabtu 19/1/08 di No:3 Jalan 8/3 jam 4:00 petang.

Sama2lah kita berdoas semoga apa saja usaha untuk mengimarakkan surau ini mendapat Rahmat disisinya... AMIN!!!

Thursday, January 10, 2008

STROKE- With GOD will...You could save a life.....



Assalamualaikum W.B.K.T


STROKE:

Remember The 1st Three Letters... S.T.R .
My friend sent this to me and encouraged me to post it and spread the word. I agree. If everyone can remember something this simple, we could save some folks.

STROKE IDENTIFICATION:

During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine and just tripped over a brick because of her new shoes. (they offered to call ambulance)

They got her cleaned up and got her a new plate of food - while she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening. Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00pm , Ingrid passed away.)
She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today.

Some don't die. They end up in a helpless, hopeless condition instead. It only takes a minute to read this... STROKE IDENTIFICATION:

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.



RECOGNIZING A STROKE :
Remember the "3" steps, STR . Read and Learn!
Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster.
The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.
Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions :

S * Ask the individual to SMILE .
T * = TALK. Ask the person to SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently) (eg " It is sunny out today").
R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS .
If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call 999 immediately!! and describe the symptoms to the dispatcher.

NOTE : Another 'sign' of a stroke is
1. Ask the person to 'stick' out their tongue.
2. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other that is also an indication of a stroke
.


A prominent cardiologist says if everyone who gets this information sends it to 10 people; you can bet that at least one life will be saved.

….and it could be your own…..

PASS THIS ON….

Wednesday, January 9, 2008

Selamat Pulang ke PAN.....Bang Man

Inilah dia En Azman yang lebih popular dgn panggilan Bang Man...

Alhamdulillahhhh.. Syukur ke hadrat Allah S.W.T... Akhirnya tak sia-sia penantian Bang Man selama ini... Dah 3 tahun kawan tu dok berulang alik KL SP...setiap minggu..Kesian kan...

Berkat kesabarannya ...akhirnya apa yang Bang Man hajatkan di makbulkan Allah akhirnya.. dapat gak dia menyambung perkhidmatannya di PAN Kedah.

Kesian kat Bang Man.. selama 3 tahun itu lah juga dia terpaksa mengorbankan masa, wang ringgit & penat lelah dia berulang alik KL-KEDAH..demi utk family & company.

Walaupun baru seminggu permohonan di buat.. Alhamdulillah rezeki berpihak kpd Abg Man. Tanggal 7 hb dia diberitahu permohonan nya utk kembali ke PAN di terima dan dia di arahkan untuk melapor diri pada 8hb Jan 2008. (Mengarut sungguh depa ni.. ada ke bagi surat 7 hb soh p report duty 8hb.. Depa ingat KL-KEDAH ni mcm KL SHAH ALAM ke..)... Tp dik sikap Bang Man yg penyabor ni .. akhirnya pengurusan bersetuju memberi perlepasan kpd nya utk membuat persediaan dan dikehendaki lapor diri di SG Petani pd Jumaat 11 Jan 2008. Maka confirm lah petang ini jugak Bang Man akan berangkat kembali ke Sg Petani & berkumpul semula bersama family tercinta... Tak yah lah Bang Man nakbersusah payah naik bas tiap minggucamdulu.. Pas ni budak jual tiket bas tu pun sure tertanya mana la regular customer dia ni tak mai2 lg dah...

Syukurlah..walau pun program hari ni ad-hoc... Alhamdulillah kami masih diizinkanNYA utk mengadakan Majlis Perpisahan yg tak tersangka2 ini untuk meraikan hari terakhir BangMan di KL

Untuk pengetahuan semua, Bang Man ni memang asalnya bekerja di PAN, Sg Petani Kedah. Akur atas arahan pihak pengurusan, dia mula berpindah ke KL dan bekerja di mySPEED tiga tahun yg lepas. Semenjak hari itu dia sememang berulang alik ke Kedah setiap minggu. Di mySPEED bangMan bekerja di bahagian Acct & Finanee.

Spt biasa la... siapa saja yg join mySPEED pasti akan terasa kemesraannya. Mcm 2nd family.. very close...Tapi atas kehendankNYA juga..kami2 ni semua terpaksa berpisah berikutan penutupan mySPEED pada Bulan Aug 2007 yg lalu.. Sedih kan..

Tapi tu la.. atas dasar Ukhuwah yg teguh.. kami masih selalu berkumpul untuk makan bersama2 di waktu2 terluang... Sebelum ini Bang man selalu saja kali tak dapat join.. tapi alhamdulillah..hari ini dia berpeluang makan bersama2 kami utk kali pertama & terakhirnya semenjak speed di tutup dulu.








Suka nak saya selitkan email Bang Man pg tadi...

Salam,
Walau pun semua email telah didelete, memori bersama korang semua tak mungkin hilang dalam ingatan
U ol memang best.
Cayalah.
Dah tahu dah semua orang KL kalau duk KL sure bahagia.
Untuk lebih membahagiakan lagi, bangman doakan semoga korang semua bertambah tambah bahagia hendaknya.
Semoga kebahagiaan semua menjadi kebahagiaan ku juga… huhuhuhu sobsobsobsobsobsoscili….
Biarlah bangman bahagia bersama sama kalian.
Selama ini bangman Cuma tengok jer korang bahagia.
Dalam hati cemburu sangat tapi bila difikir, kenapa nak cemburu kebahagiaan orang, kita carilah kebahagiaan kita sendiri.
Akhirnya macam makbul pulak doa kalian dan doa bman juga.
Bman juga berhak dan akan menghampiri kebahagiaan jugak.
Doakanlah kebhagiaan ini berkekalan dan semoga jika kita bertemu lagi biar beribu kali takkan mungkin jemu.
Firstly bman nak balik kampung n perbaiki kesihatan yang semakin merosot ni.
Doakanlah.
Kematian akan menjengah juga tidak lama lagi kan?
Tapi kita kena juga jaga kesihatan.
Taknak la mati dengan tidak berusaha untuk memperbaiki kesihatan.
Tak perlu kita takut jika ada perpisahan sebab akhirnya kita akan kesaorangan juga.
Harap kita tidak membenci sesama kita (kecuali yang menganiaya kita – mungkin sesetengah orang boleh padamkan sekelip mata je).
Tapi percayalah kalau meski pun kita tidak berhubungan setiap masa kalau berpisah tetapi kita tetap macam adik beradik yang terpaksa berpisah.
Jangan diputuskan perhubungan kita sampai bila2.
Selama 3 tahun di KL bman rasa macam kenal yang mana satu kawan yang mana satu musuh.
Yang mana musuh dalam selimut
Yang mana kawan menangis dalam duka kita ketawa dalam ria kita,
Yang mana kawan hanya ketawa masa kita gumbira, tapi tetap ketawa walau kita duka.
Yang mana kawan yang tetap berduka kalau kita ria.
Jumpa lagi dilain masa, ketika.
Jaga kesihatan, jaga kebajikan, jaga famili dan jaga syarikat.
Dan sekiranya tidak menjadi kesalahan, bangman nak bagi pedoman...
JANGAN ANIAYA SYARIKAT DAN JANGAN ANIAYA SESAMA INSAN.
BALASAN ALLAH BUKAN SAHAJA KAT AKHIRAT, TAPI KAT DUNIA PUN BOLEH DIPERTUNJUKKAN TAU...
JANGAN CREATE MUSUH DAN KEJAHATAN.
SEMOGA KITA DISAYANGI ALLAH SAMPAI BILA BILA.
WASSALAM...

Sedih kan.. Bang Man ni baik orangnya... Kelakar..Selepas ni kami semua pasti rindukan gurauannya yg kelakar dulu..

Harapan kami...apa yg ditakdirkan Allah hari ini adalah yg terbaik buatnya.. Dan dgn beranggapan begitu.. perpisahan hari ini bukan utk kita tangiskan ...

Mudah2an dengan pertukaran ini, selaras dgn kehadiran Maal Hijrah 1429, Bang Man akan lebih bergembira , dan maju jaya di masa2 akan datang..

AMINN


Tuesday, January 8, 2008

Team Buiding Story ... Part I

Assalamualaikum Wbkt.
Payah sungguh nak mencari masa utk menaip ni ek..Tp KakAh cuba gagahkan juga supaya esok2 ada kenangan untuk di kenang...

Tanggal 14 Dec 2007 yg lalu, Kak Ah dikerahkan utk menghadiri Team Buiding (program wajib hadir utk all exec) berteraskan 'Togetherness for Team Excellence in making your PRISM successfull" ... maka berangkat lah kami ke sana..
Biasa dengar tak PRISM value ni..

meh nak share..
My company core values are PRISM
....PROGRESSIVE, RESPECT, INNOVATIVE, SUPPORTIVE & MORAL

where the objectives of this team building are to understanding & live-up to my Company Core Values :-
1) PROGRESSIVE in identifying and responding to the CHANGES that are happening continously in theor lives and in the business world.
2) RESPECT their team members through MANAGING RELATIONSHIP where they discover different personalities at work
3) INNOVATIVE in their creation and approaches in realising their personal, departmental, and organisation VISION and MISSION,
4) SUPPORTIVE towards building GREAT TEAMS that is based on trust and mutual respect, and
5) MORAL enhancement through SELF-MASTERY in which participants realise their own strengths amd weaknesses to bring out the best in oneself

Tak perlu cerita detail kot..takut nanti ada lak yg tertido membacanya..

Untuk Team buiding kali ni akak & the gang terkena di Warisan Semilang Resort & Training Centre Sdn Bhd. Alamat lengkapnya:


Lot 3589, Jalan Maharajalela, Pantai Remis, Batu 17 1/2 Sungai Sembilang, 45800 Jeram Selangor.


This program organised by FAR training & Management Services (001304079-V) dimana fasilitatornya adalah En Fua'ad Abd Rahman bersama assistant dia Andy.
En Ismail (Komander bersara) pula dikhaskan utk outdoor game

Program ni berlangsung selama 3 hari (14/12/07 - 16/12/07)
..meh Kak Ah tunjuk sket antara2 gambar yg disnap sekitar program tersebut..

14/12/07: 10 pm .. Ketibaan kami serami 2 MPV & 2 kereta. Debor ooo..





Sampai2 terus berkumpul di depan dewan utk penempatan.













Kaum Hawa satu apartment je di tingkat 1 manakala Kaum Adam pula di tempat kan di dua apartment di tingkat 2. Depa ni ramai, 2 kali ganda kaum hawa. (1 apartment 4 bilik & setiap bilik ada 2 double decker. Kami tinggal berdua satu bilik walaupun capacity 1 bilik boleh memuatkan 4 orang). Ok la apartmentnya..ada ruang tamu yg dilengkapkan dgn sofa , peti ais & fan & setiap bilik dilengkapkan dgn toilet , fan, aircond, cabinet & bantal selimut semua.





Selepas check in, kami minum, kemudian masuk ke dewan utk first indoor program




Sessi berkenalan - where at first kami kena declare favourite color. Rupa2nya warna favourite ni juga melambang kan personaliti kita.
Chiss..

Merah = Creative
Hijau = Romantic
Hitam = Risk Taker
Biru = Always think about sex

* Kemudian ada video presentation & Mamat ni kami paksa persent bg pihak kami. Thehehee..



After persentation kami makan tengahari. Selepas makan kami berehat di Apartment selama 2 jam sementara menunggu kaum Adam balik dari menunaikan solat Jumaat. Uish di apartment dasat punya gossip maa...


Jam 2:30 kami berkumpul kembali di dewan.


Kami di bahagikan kepada 4 kumpulan & setiap kumpulan dikehendaki menentukan nama kumpulan, moto & slogan.
So, lahirlah 4 kumpulan berikut:
1) Dynamic Warrior
2) Suka2 aje
3) Dboom
4)(tak ingat nama la pulak). Ni kumpulan pak Penghulu Hanim. Kalau dia tau Kak Ah tak ingat nama kumpulan dia sure dia bengkek...


This is my team:- DYNAMIC WARRIOR

Kumpulan Kak Ah terdiri dari Kak Ah, Luke, Lynn, Ong, Aril & Che Din..
Man in white tu.. En Ead (Nama manja En Fua'ad)


(Gambar ni Andy snap masa kami dah bersiap2 nak balik pd hari Ahad 16/12/07) .


Tiba saat utk memulakan assignment...

First Assignment ialah membina bangunan dengan menggunakan kad.
Kami dikehendaki membina bangunan dengan mengunakan kad. Alatan yg dibekalkan hanyalah 2 kotak kad & paper clips. Pemenang di pilih berdasarkan ukuran bangunan yg tertinggi. Alhamdulillah Dynamic warrior berjaya mengalahkan semua team yg lain.,..












Selepas minum petang bemula lah out
door event

* Warming-up






















* Briefing ( time ni ujan lebat berserta guruh petir)
















* Abselling (bila ujan dah reda)
















Saat gayat bukan saat nak turun ni..tp saat dok memanjat tangga naik kemenara ni tadi... ketaq lutut..











Selesai abselling kami ada masa sket sebelum menjelang Maghrib..
Maka berjalan2 ke Pantai la kami.. Utk mengenali Pantai Remis..
(Ala, Jalan2 depan Training Centre tu je.. )













Depan tu ada la Gerai Grilled Seafood...
Andy belanja kami makan.. First time makan mentarang.. Besar ooo.. Kerang bakar dia pun besar-besar..









Selesai makan kami balik ke Apartment utk mandi manda & Solat Maghrib.
Selepas Solat Maghrib kami makan malam dan selepas tu, kursus bersambung di Dewan.
Malam tu kami ada Second Cards Building Competition. Kali ini Buiding di nilai dari segi kekukuhannya... Depa test dgn meletakkan 3 keping buku. Since kumpulan kak ah (DW) sama ketahannya dgn kumpulan suka2 aje, maka ditambahkan lagi 2 buku lg menjadikannye 5.
Alhamdulillah Dynamic Worrior still Champion..walaupun kedudukan team lain berubah.








Program malam itu berakhir dengan Presentation ke-2.. dimana kami dikehendaki mengenalpasti performance kami DULU, SEKARANG...& AKAN DATANG...
(Looking for improvement la tu..)
Kali ni Kak Ah lak jd mangsa..kena jd presenter..

Begitulah aktiviti sepanjang Hari pertama di sana.. schedule pack..tp tetap seronok & menarik...

Nanti kan blog for Team Building Story - Part II....k. (InsyaAllah..)
Tunguuuuuuuuu.....!!!