Wednesday, January 9, 2008

Selamat Pulang ke PAN.....Bang Man

Inilah dia En Azman yang lebih popular dgn panggilan Bang Man...

Alhamdulillahhhh.. Syukur ke hadrat Allah S.W.T... Akhirnya tak sia-sia penantian Bang Man selama ini... Dah 3 tahun kawan tu dok berulang alik KL SP...setiap minggu..Kesian kan...

Berkat kesabarannya ...akhirnya apa yang Bang Man hajatkan di makbulkan Allah akhirnya.. dapat gak dia menyambung perkhidmatannya di PAN Kedah.

Kesian kat Bang Man.. selama 3 tahun itu lah juga dia terpaksa mengorbankan masa, wang ringgit & penat lelah dia berulang alik KL-KEDAH..demi utk family & company.

Walaupun baru seminggu permohonan di buat.. Alhamdulillah rezeki berpihak kpd Abg Man. Tanggal 7 hb dia diberitahu permohonan nya utk kembali ke PAN di terima dan dia di arahkan untuk melapor diri pada 8hb Jan 2008. (Mengarut sungguh depa ni.. ada ke bagi surat 7 hb soh p report duty 8hb.. Depa ingat KL-KEDAH ni mcm KL SHAH ALAM ke..)... Tp dik sikap Bang Man yg penyabor ni .. akhirnya pengurusan bersetuju memberi perlepasan kpd nya utk membuat persediaan dan dikehendaki lapor diri di SG Petani pd Jumaat 11 Jan 2008. Maka confirm lah petang ini jugak Bang Man akan berangkat kembali ke Sg Petani & berkumpul semula bersama family tercinta... Tak yah lah Bang Man nakbersusah payah naik bas tiap minggucamdulu.. Pas ni budak jual tiket bas tu pun sure tertanya mana la regular customer dia ni tak mai2 lg dah...

Syukurlah..walau pun program hari ni ad-hoc... Alhamdulillah kami masih diizinkanNYA utk mengadakan Majlis Perpisahan yg tak tersangka2 ini untuk meraikan hari terakhir BangMan di KL

Untuk pengetahuan semua, Bang Man ni memang asalnya bekerja di PAN, Sg Petani Kedah. Akur atas arahan pihak pengurusan, dia mula berpindah ke KL dan bekerja di mySPEED tiga tahun yg lepas. Semenjak hari itu dia sememang berulang alik ke Kedah setiap minggu. Di mySPEED bangMan bekerja di bahagian Acct & Finanee.

Spt biasa la... siapa saja yg join mySPEED pasti akan terasa kemesraannya. Mcm 2nd family.. very close...Tapi atas kehendankNYA juga..kami2 ni semua terpaksa berpisah berikutan penutupan mySPEED pada Bulan Aug 2007 yg lalu.. Sedih kan..

Tapi tu la.. atas dasar Ukhuwah yg teguh.. kami masih selalu berkumpul untuk makan bersama2 di waktu2 terluang... Sebelum ini Bang man selalu saja kali tak dapat join.. tapi alhamdulillah..hari ini dia berpeluang makan bersama2 kami utk kali pertama & terakhirnya semenjak speed di tutup dulu.








Suka nak saya selitkan email Bang Man pg tadi...

Salam,
Walau pun semua email telah didelete, memori bersama korang semua tak mungkin hilang dalam ingatan
U ol memang best.
Cayalah.
Dah tahu dah semua orang KL kalau duk KL sure bahagia.
Untuk lebih membahagiakan lagi, bangman doakan semoga korang semua bertambah tambah bahagia hendaknya.
Semoga kebahagiaan semua menjadi kebahagiaan ku juga… huhuhuhu sobsobsobsobsobsoscili….
Biarlah bangman bahagia bersama sama kalian.
Selama ini bangman Cuma tengok jer korang bahagia.
Dalam hati cemburu sangat tapi bila difikir, kenapa nak cemburu kebahagiaan orang, kita carilah kebahagiaan kita sendiri.
Akhirnya macam makbul pulak doa kalian dan doa bman juga.
Bman juga berhak dan akan menghampiri kebahagiaan jugak.
Doakanlah kebhagiaan ini berkekalan dan semoga jika kita bertemu lagi biar beribu kali takkan mungkin jemu.
Firstly bman nak balik kampung n perbaiki kesihatan yang semakin merosot ni.
Doakanlah.
Kematian akan menjengah juga tidak lama lagi kan?
Tapi kita kena juga jaga kesihatan.
Taknak la mati dengan tidak berusaha untuk memperbaiki kesihatan.
Tak perlu kita takut jika ada perpisahan sebab akhirnya kita akan kesaorangan juga.
Harap kita tidak membenci sesama kita (kecuali yang menganiaya kita – mungkin sesetengah orang boleh padamkan sekelip mata je).
Tapi percayalah kalau meski pun kita tidak berhubungan setiap masa kalau berpisah tetapi kita tetap macam adik beradik yang terpaksa berpisah.
Jangan diputuskan perhubungan kita sampai bila2.
Selama 3 tahun di KL bman rasa macam kenal yang mana satu kawan yang mana satu musuh.
Yang mana musuh dalam selimut
Yang mana kawan menangis dalam duka kita ketawa dalam ria kita,
Yang mana kawan hanya ketawa masa kita gumbira, tapi tetap ketawa walau kita duka.
Yang mana kawan yang tetap berduka kalau kita ria.
Jumpa lagi dilain masa, ketika.
Jaga kesihatan, jaga kebajikan, jaga famili dan jaga syarikat.
Dan sekiranya tidak menjadi kesalahan, bangman nak bagi pedoman...
JANGAN ANIAYA SYARIKAT DAN JANGAN ANIAYA SESAMA INSAN.
BALASAN ALLAH BUKAN SAHAJA KAT AKHIRAT, TAPI KAT DUNIA PUN BOLEH DIPERTUNJUKKAN TAU...
JANGAN CREATE MUSUH DAN KEJAHATAN.
SEMOGA KITA DISAYANGI ALLAH SAMPAI BILA BILA.
WASSALAM...

Sedih kan.. Bang Man ni baik orangnya... Kelakar..Selepas ni kami semua pasti rindukan gurauannya yg kelakar dulu..

Harapan kami...apa yg ditakdirkan Allah hari ini adalah yg terbaik buatnya.. Dan dgn beranggapan begitu.. perpisahan hari ini bukan utk kita tangiskan ...

Mudah2an dengan pertukaran ini, selaras dgn kehadiran Maal Hijrah 1429, Bang Man akan lebih bergembira , dan maju jaya di masa2 akan datang..

AMINN


No comments: