Tuesday, January 15, 2008

Akhirnya...... apa yg ditunggu2 bakal menjelma...



Assalamualaikum Wbkt
Alhamdulillah ke hadrat Allah suhanahu wataala.....
Akhirnya sebuah surau yg ditunggu2 sejak 2005 kini tersergam indah dgn izinNya

Surau yang dulunya diberi nama Surau AL-FAI'IZIN ura2 akan di tukar kepada nama barunya Surau AL-AMIN. Tak kisah la nama apapun... yg pentingnya ada Surau utk membolehkan aktiviti2 pemantap kerohanian & pengukuh ukhuwah penduduk2 di Seksyen 8 ini dapat dijalankan.

Lihat lah betapa bersemanggatnya semua penduduk untuk memenafaatkan surau ini...sehinggakan semua golongan sanggup berganding bahu bergotong royong mem bersihkan & menanam pokok2 utk menafaat & keselesan pengguna surau ini nanti.



Aktiviti Gotong Royong menanam pokok untuk menceriakan kawasan surau telah dilaksanakan pada hari Ahad 13/01/08.










Antara Insan2yg dijangka bakal mengimarakkan Surau kami..
....spt Ustaz Fauzi & the gang...









Alhamdulillah...surau ini walaupun belum siap sepenuhnya...namun sempena 1 Muharam 1429 aru2 ini, Samutan Maal Hijrah & Majlis kesyukuran telah pun diadakan di surau ini. Walaupun pembinaannya belum sempurna..namun ini tidak menjejaskan semangat gotong royong antara kami..sehinggalah Majlis kesyukuran tetap dapat dilaksanakan walaupun ada antara mereka yang terpaksa bersila di atas Lantai...

Majlis sambutan Maal Hijrah ini turut dimeriahkan dgn kehadiran Penyanyi Lebanon ,IMAD & isterinya...
Kesempatan ini jugag digunakan oleh kaum Muslimat untuk membentuk satu jawatankuasa yang bakal menyusun aktiviti2 yg diharapkan dapat memeri faedah kepada penduduk Seksyen 8 ini khasnya....Ekoran dari itu..Satu mesyuarat pertama bakal diadakan pada Hari Sabtu 19/1/08 di No:3 Jalan 8/3 jam 4:00 petang.

Sama2lah kita berdoas semoga apa saja usaha untuk mengimarakkan surau ini mendapat Rahmat disisinya... AMIN!!!

No comments: